Semak Resume ATS Percuma: Cara Guna SemakCV
Semak resume dengan ATS secara percuma: muat naik CV, tampal job description, dan lihat kata kunci yang sepadan, yang tiada, dan isu format.
Anda boleh semak resume dengan ATS secara percuma di SemakCV. Daftar dengan emel, muat naik CV dalam PDF atau DOCX, tampal job description, dan SemakCV tunjuk kata kunci yang sepadan, yang tiada, dan isu format, ikut keutamaan. Pelan percuma memberi 5 semakan ATS sebulan, tanpa kad kredit.
Apa Yang Semakan ATS Periksa?
Semakan ATS yang berguna mesti dibandingkan dengan jawatan sebenar. Skor tanpa job description tak banyak makna, kerana setiap jawatan cari kata kunci yang berbeza. Bila anda tampal job description, SemakCV periksa:
- Kata kunci yang sepadan: kemahiran dan istilah dari iklan yang sudah ada dalam CV anda.
- Kata kunci yang tiada: istilah penting dari iklan yang belum muncul dalam CV.
- Isu format: perkara yang boleh menyusahkan ATS membaca CV anda.
Hingga 1,000 aksara pertama job description digunakan, jadi tampal bahagian keperluan jawatan, bukan pengenalan syarikat.
Cara Semak Resume ATS di SemakCV
- Daftar akaun dengan emel di app.semakcv.com. Tiada kad kredit.
- Muat naik CV lama dalam PDF atau DOCX, atau bina CV dari kosong.
- Tampal job description jawatan yang anda mahu pohon.
- Baca keputusan: kata kunci yang tiada dan isu format disusun ikut keutamaan.
- Betulkan CV. Tambah kata kunci hanya untuk kemahiran yang anda memang ada.
- Semak semula sebelum hantar.
Apa Yang Anda Dapat Secara Percuma
- Satu draf projek percuma pada satu masa
- Bina dari kosong, atau muat naik PDF / DOCX
- 10 tulis semula AI sebulan
- 5 semakan ATS sebulan
- 10 kredit Match bila emel disahkan
- Eksport PDF dengan tanda air SemakCV
Kalau anda perlukan lebih, satu projek CV berbayar RM9.90 sekali bayar, tiada langganan. Projek itu dapat eksport PDF dan DOCX tanpa tanda air, 200 tulis semula AI, 8 semakan ATS, 3 kali betulkan CV ikut job description dan 20 muat naik CV. Butiran penuh di halaman harga.
Tulis Semula Pengalaman Tanpa Reka Fakta
Selain semakan ATS, SemakCV boleh menyusun semula pengalaman yang anda tulis dalam ayat santai jadi bullet CV yang jelas. AI tidak menambah angka atau pencapaian yang anda tidak beri. Kalau anda tulis "tolong team buat report bulanan", ia boleh jadikan bullet yang kemas, tapi tidak akan mencipta "tingkatkan jualan 30%".
Aplikasi dalam Bahasa Inggeris, kerana kebanyakan majikan di Malaysia minta CV dalam Bahasa Inggeris. Anda boleh tulis pengalaman dalam BM atau campur, dan AI susun jadi bullet Bahasa Inggeris.
Match: Pilih CV Terbaik untuk Satu Jawatan
Kalau anda ada beberapa versi CV, Match menilai sehingga 5 CV terhadap satu job description: skor kesesuaian, kekuatan, jurang, dan hingga 5 tindakan untuk setiap CV. Satu larian guna 1 kredit Match, dan anda dapat 10 kredit percuma bila emel disahkan.
Apa Yang Semakan ATS Tak Boleh Buat
Tiada alat yang boleh jamin anda dapat kerja, termasuk SemakCV. Setiap syarikat guna sistem ATS dan tetapan yang berbeza, dan keputusan temuduga tetap pada majikan. Semakan ATS membantu memastikan CV anda dibaca dengan betul dan kata kunci penting tidak tertinggal.
Mahu faham dulu apa yang dicari oleh ATS? Baca Resume ATS Friendly Tu Apa? dan Apa Itu ATS.
Belum ada resume mesra ATS?
Bina resume dari kosong dengan format yang lepas tapisan ATS โ siap dalam 10 minit.
Mula Bina Resume โArtikel Berkaitan
Dari Senyap ke Temuduga: Ebook Tulis Semula Resume
Tulis semula resume dalam 6 minggu dengan 12 langkah. Ebook BM untuk graduan baru dan pencari kerja Malaysia, dengan resume contoh dan kit cetak.
Baca lagi โResume ATS Friendly Tu Apa? Format dan Contoh
Resume ATS friendly ialah resume yang sistem ATS boleh baca dengan betul: teks biasa, satu kolum, tajuk standard dan kata kunci dari job description.
Baca lagi โ